+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Kejayaan KPTM

Dis 2017 | Kuala Lumpur | Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) : KPTM Bangi Terima Penarafan 6 Bintang (Berasaskan Kolej)

Dis 2017 | Kuala Lumpur | Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia atau Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges (MyQuest) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang menakjubkan dan cemerlang oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) apabila telah memperolehi peningkatan Star Rating yang sangat baik, cemerlang dan terbilang untuk kesemua kampus di seluruh negara.

Dalam penilaian ini, KPTM Bangi menunjukkan pencapaian yang TERBILANG dengan Star Rating 6 Bintang bagi Kategori Berasaskan Kolej. Dengan penarafan 6 Bintang bagi Kategori Kolej ini membuktikan bahawa KPTM merupakan kolej swasta yang berdaya saing dengan kolej-kolej swasta yang lain. Ini kerana hanya 15 kolej yang bertaraf 6 bintang.

Menurut Pengerusi KPTM, YB. Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris, penarafan ini adalah hasil daripada kualiti program yang ditawarkan oleh KPM Bangi dan amalan sistem pengurusan P&P yang baik.

Antara faktor penyumbang kepada penarafan ini adalah dari segi Pengiktirafan Kualiti yang diterima oleh KPTM merangkumi Pensijilan ISO 9001:2008, Pensijilan 5S dan Penilaian Audit Kualiti Akademik Kolej Bersekutu UiTM.

“Selain itu, penawaran Program Transnasional KPTM Bangi dengan Dublin Business School Ireland menerusi Program Bachelor of Arts (Honour) in Accounting and Finance (BAAF) juga merupakan faktor penyumbang kepada penarafan MyQuest dengan Star Rating 6 Bintang ini”, jelas Ahmad Nazlan.

“Program yang ditawarkan oleh KPTM bukanlah calang-calang dan ia diiktiraf serta merupakan program yang bertaraf antarabangsa”.

Dengan pencapaian ini, ia sekaligus membuktikan KPTM merupakan antara IPTS yang menawarkan sistem pendidikan yang berkualiti serta menjadi garis panduan kepada pelajar dan ibu bapa dalam memlilih KPTM sebagai destinasi pembelajaran yang terbaik.

Anugerah telah diterima oleh Pengarah KPTM Bangi, Ramli Mohd Jawi dan telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search