+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Kejayaan KPTM

Sep 2017 | Kuala Lumpur | KPTM Disenarai Sebagai 10 Syarikat Terbaik Anugerah KKLW 2016 Kategori Modal Berbayar RM5 Juta Dan Ke Atas

Sep 2017 | Kuala Lumpur - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah disenarai sebagai 10 Syarikat Terbaik Kategori Modal Berbayar RM5 Juta dan Ke Atas pada Majlis Anugerah KKLW 2016 yang telah berlangsung dengan gilang-gemilang semalam dan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Majlis yang berlangsung di Hotel Premiera itu diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat dan agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam kejayaan syarikat-syarikat ini dalam menunjukkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI meliputi 6 teras iaitu Kewangan (55%), Fizikal (25%), Tadbir Urus Korporat (10%), Obligasi Sosial (4%), Ketidakbergantungan kepada agensi (3%) dan Inovasi/Pengiktirafan (3%).

Tahniah kepada KPTM atas kejayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pencapaian markah KPI melebihi 70 peratus dan tidak rugi.

Sijil pengiktirafan telah diterima oleh Encik Nordin Bin Ahmad (Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM). Turut hadir daripada KPTM,Encik Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik, Encik Saifuddin Bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat dan Puan Azlina Binti Yusof Pengarah Kanan Jabatan Kewangan .

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search