+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Keratan Akhbar

BHarian Online | 9 Mac 2019 | Demam, Pening, Loya antara gelaja strok haba

DR Zaini (kanan) melepaskan peserta pada Program Kayuhan Sihat 'Fun Ride' Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2019 di perkarangan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu

KOTA BHARU: Individu yang mengalami gejala seperti demam, pening atau loya pada musim panas kering ini dinasihati mendapatkan khidmat kesihatan bagi memastikan mereka tidak terkena strok haba. Pengarah Keshatan Kelantan, Dr Zaini Hussin, berkata gejala strok haba tidak spesifik namun bagi keadaan yang serius boleh menyebabkan individu terbabit mengalami sawan.

“Setakat ini tiada kes strok haba dilaporkan di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kayuhan Sihat ‘Fun Ride’ Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2019 di Kolej Polytech Mara (KPTM) Kota Bharu, di sini hari ini. Beliau berkata, golongan berisiko hendaklah mengurangkan aktiviti di luar rumah serta meminum air yang banyak.

Mengulas perkembangan lain, Dr Zaini berkata, isu penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi serta jantung didapati semakin meningkat dalam kalangan rakyat. “Jabatan Kesihatan Kelantan komited untuk terus mempromosikan aktiviti cara hidup sihat kepada masyarakat melalui aktiviti fizikal sebegini bagi menggalakkan mereka mengaktifkan diri, seterusnya dapat menghindarkan penyakit yang disebabkan gaya hidup yang tidak aktif,” katanya.

Program kayuhan itu disertai 700 peserta termasuk dari Terengganu serta anggota persatuan berbasikal negeri, membabitkan kayuhan sejauh 38 kilometer. - BERNAMA

Sumber Artikel : Berita Harian Online

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search