+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

SKM - Pengurusan Pejabat - Tahap 2 - KPTM Semporna

Program ini memberi tumpuan kepada pentadbiran pejabat dalam sesuatu organisasi, dengan memberi penekanan kepada amalan kerja di pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi dan pembangunan personaliti. program menyediakan dan mensasarkan pelajar yang ingin menjadi kerani sebagai kerjaya utama dalam bidang pengurusan pejabat.

Dengan peningkatan pengetahuan dan memahami peranan serta kaedah pengurusan pejabat, pelajar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan disamping boleh mengendalikan serta mengurus semua alat perhubungan pejabat dengan efektif dan cekap. Disamping itu, program ini banyak memberi input dan mempastikan pelajar dapat mengurus maklumat dan rekod pejabat deangan baik dan sistematik.

Program ini telah diiktiraf oleh pelbagai industri sejak ia mula ditawarkan, dan ini mencerminkan kepentingan pentadbiran pejabat dan pengurusan di semua organisasi.
Program :
SKM - Pengurusan Pejabat - Tahap 2

Tempoh Program :
8 bulan

Kampus :
KPTM Semporna

Kod Program :
AO012

Yuran Program :
RM4,500

Medium Perantaraan :
Bahasa Melayu

Tajaan :
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Rujukan :
L02664(FB-024-2:2012) 05/2021

Syarat Kelayakan Minimum :

Terma-terma Umum:

  • Malaysia
  • Tidak terlibat dengan mana-mana kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah
Kelayakan Akademik:
  1. Lulus SRP/PMR/PT3
  2. Berumur 17 tahun ke atas
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira
1. KOMUNIKASI (DALAMAN)
• Keperluan komunikasi
• Proses Komunikasi
• Rekod Komunikasi

2. KOMUNIKASI (LUARAN)
• Keperluan komunikasi
• Proses komunikasi
• Rekod komunikasi

3. PENGURUSAN FAIL
• Pengenalan sistem fail
• Aktiviti sistem fail
• Rekod sistem fail

4. PERSEDIAN MESYUARAT
• Pengenalan persediaan mesyuarat
• Perlaksanan aktiviti mesyuarat

5. PENGENALAN ASAS DATA
• Keperluan Asas Data
• Perlaksanaan Asas Data
Kerjaya Pengurusan Pejabat melibatkan organisasi samada di sektor awam mahupun swasta. Organisasi yang menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai sektor memerlukan kakitangan yang mahir dalam membantu bakal majikan.

Pelajar kemahiran berpotensi serta diperlukan di dalam organisasi yang terlibat dalam bidang pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, pengangkutan, komunikasi, institusi kewangan, syarikat insurans, syarikat pelaburan, dan firma hartanah.

1. Pembantu Eksekutif
2. Pembantu Pentadbir Pejabat
3. Pembantu Setiausaha Pejabat
4. Pembantu Khas
5. Pembantu Peribadi

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search